1. Polisi Bayaran Balik / Refund Policy
- Pelanggan boleh membuat pembatalan dalam 24 jam selepas pembayaran dibuat dan duit akan dipulangkan sepenuhnya.
- Tempoh pemulangan adalah dalam 7 hari bekerja tidak termasuk Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
Pemulangan TIDAK akan diberikan jika pelanggan membuat pembatalan selepas seperti yang dimaklumkan di atas.
2. Pengubahsuaian Kepada Perkhidmatan / Service Modification
- Ikriza Invite berhak pada bila-bila masa dan dari masa ke semasa untuk mengubahsuai atau menamatkan, secara sementara atau tetap, perkhidmatan (atau mana-mana bahagian daripadanya) dengan atau tanpa notis.
- Anda bersetuju bahawa Ikriza Invite tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan perkhidmatannya.